Tuesday, December 29, 2009

WEDDING





gambar kawin ni aku edit guna cs3 n gambar yg atas sekali tu guna photoscape..wedding kakak n adik lelaki..idea edit bukan terus dr kepala aku tapi aku rujuk bbpa cth yg aku dpt..so, ni la hasilnya yg xseberapa...

Monday, December 28, 2009

KENDURI KAWIN BAHARI

dgn ridz,adik no-5......
pengantin berdebar jap lagi nak aqad nikah
aque + ridz
merasa gak aku naik pelamin ek...jadilah...

kawin gak adik aku si bahari ni ar....
form 6 di ssaj
makan berdamai di umah pgntin prmpuan
last tol...oleh mak andam...
mak ayah n jiran sebelah umah
tol kedua dalam umah...susah tol nak naik pelamin ek...
tol pertama oleh kendarat....makcik2 tu mmgle...geram tol aku nengok kan...dh bagi duit pun xnak bangun2 lagi...cakap xckup..ade ke patut?bukan anak dia yg kawin kan?
pelamin idaman...
sebelum berkompang...
hantaran dr pihak pmpuan ke pihak llaki
hantaran dr pihak lelaki ke pihak pmpuan
semoga berbahagia ke akhir hayat
tema pelamin...hijau putih
pgntin bersama keluarga pihak lelaki
acara merenjis...dapat hadiah cokelat tu....best tol!
13hb dis 2009 adik aku no-4 nikah....so,majlis kahwin blgsung d umah pgntin pmpuan kt kg bentong...tema baju ijau putih....menarik gak le aku tgokkan pelaminnya...kalo tgok secara live nampak biasa,tapi kt gambar nampak cantik le pelamin tu....ni la yg dinamakan fotogenik kan...hehe...kenduri kt umah lelaki berlangsung pada 20hb dis 2009..ramai gak le yg datang..aku ucapkan tq pd guru2 yg dtg..antaranya yg aku perasan ialah kak yah,kak rozi,kak min,kak lin,cikgu siva,kak yati,fadzli,qiroh,zaleha...yg lain2 aku xperasan la....hmmm....buat kenduri kawin ni mmg penat bebenor..terutamanya lepas kenduri..nak bekemas penat giler...nasib baik ramai sedara,byk le keje2 yg depa tolong...so tahniah kat adik aku sbb dh jadi suami org....aku doakan smga berbahagia hgga ke akhir hayat...doa2kan la lepas ni aku pulak ye....insya-Allah...

Thursday, December 10, 2009

VISIT MALACCA





sabtu lepas, zak ajak aku g round2 melaka...kebetulan dia bawa family dia g jalan2,aku pun tumpang sekaki la....boring ar dok umah...cuti ni mmg aku nak jalan2,xkisah le kt mana2 pun...percaya atau x,rupa2nya dh lama aku xtgok melaka..seingat aku la,last aku melawat melaka masa sekolah rendah dulu..lama kan?tempat pertama kitorang kunjungi ialah zoo melaka...sekali sekala tgok binatang ni best gak,ilang ckit bebanan d kepala...nape ek?agaknya sebab binatang ni lebih dekat dgn alam....lama gak port kat zoo,dari kol 12.30-2.30pm..hari korang congak le bpe jam kitorang lepak kt ctu...tiket masuk dewasa RM7...mahal gak kan?pastu kitorang g singgah masjid jap bt solat jamak taqdim zohor n asar..musafir,kn?jalan agak jam aritu...maklum ler cuti sekolah..ramai le yg bawa family g melancong...
sampai bandar hilir lebih kurang kol lima lebih,pastu pusing2 nak cari parking lg...jenuh tol...kt bandar hilir kitorang panjat bukit nak nengok kota A Famosa...kesian plak aku tengok mak zaleha terpaksa mendaki sekali...kitorg yg muda2 xle rase letih sangat,tapi mak dia dh tua mengah gak le...wah,cantik tol pemandangan kota melaka dr atas...ditambah cuaca yg agak tenang xpanas sangt n angin bertiup sepoi2 bahasa,mmg syok abis...dlm kota A Famosa tu tmpt church rupenya...takut je aku nengok kan dr luar..xberani nak masuk...lapar la...so,kitorang lepak melaka mall kat luar jap cri port makan...apa pilihan yg ade?KFC le jawabnya...
port last kitorang g ialah "eye on malaysia"..dh malam tu...mula2 aku takut giler nak naik..tapi sume org nak naik..abistu,xkan aku sorang terpacak kat bawah..dlm keterpaksaan, naik la juga...masa first koc tu nak gerak menggigil2 kepala lutut aku,xsanggup nak nengok bawah..cuak beb!buatnya jatuh x ke naya?x sempat nak kawin lagi ni...hehe..tapi,lama2 ok la...dh bole gelak2 dalam tu,siap berposing sakan amik gambar lagi..hehe..cantik gak pemandangan kota melaka d waktu mlm.kalo korang nak naik,jgn lupe bwa kad pgnalan bersama2..sbbnya kalo ade IC harga tiket RM10,kalo xde ic RM20...so,korang nak bayar bpe?
kt bawah "eye on malaysia" tu, ade satu booth mcm2 ade...kitorg masuk..adik zak belanja tiket sorang RM3..ok le tu...tengok ular, kucing yg macam garfield, labah2,belut n paling menarik ikan yg berkaki empat..ha,korang pernah tgok x?kalo xpernah lagi,dtgle cni tgok...k!
so,this is d happy moment at malacca...cuti2 melaka....

Tuesday, December 1, 2009

MALAM ANNUAL DINNER KEBIRUS 2009




12 nov 09,annual dinner kebirus smk bt6 kat prime city hotel,kluang.....aktiviti xbyk,main point g sana ialah sebab nak makan...sedap gak,not bad....d most excited moment masa part last,bergambar sakan......big boss pun sporting bila kak bell ajak bergambar.... (,")

Sunday, November 8, 2009

SECRET OF FINGERS



"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. .....copy paste.......


semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Sunday, November 1, 2009

Rahsia Disebalik kelahiran dan Pasangan Ideal


By MUZRI On August 3, 2008 Under Horoskop, Personaliti Lelaki, Personaliti Wanita

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.no.1 Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.no.3 Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Friday, October 30, 2009

BOWLING-KLUANG PARADE

Jumaat lepas,aku,kiroh n zak g tgok wayang kt kluang parade.citer PAPADOM..ok gakle cite tu.xde la best sgt n xdele xbest sgt..suam2 suku.hehe.ilang gak le tension byk keje kt sek..pas hbis tgok wayang, kitorg g melawat rakan2 yg sedang khusyuk main game bowling.aku lupa la sape menang game tu..kak lin rasenya.diorang main 2 game.semua pemain punyai stail permainan masing2..kitorang datang jadi penonton setia di samping jd pom2 girl.hehe
ni aku n kak lin tgah posing maut utk cover majalah wanita keluaran november nanti.hehe

BESDAY NAJIEHA-5KM1

20 oktober yg lepas besday jieha student aku 5km1.dia buat majlis kt umah dia.meriah gak le mlm tu.ramai kawan2 si jieha tu datang meraikan besday dia.dh besar panjang budak ni.cukup 17 tahun.antara guru yg datang aku,kiroh,akbar,kak rozi n ckgu yazif....menu utama bihun sup,koktel.paling aku berkenan kek besday.ade 2 jenis.cantik n sedap

ha,ni bebudak pompuan 5km1 yg memeriahkan majlis termasuk ckgunya sekali...kalo dh kumpul ramai2 dgn budak mcmni,ckgu pun dh xrupa ckgu kan?jieha yg dok depan sekali pakai tudung soleha tu


ha...ni la antara cikgu yg datang...ade rupa ckgu ke kitorang ni?dh mcm budak plak ni.pakai t-shirt n seluar track je..mmg sempoi

aksi2 manja kiroh n akbar.jeling menjeling,pandang memandang.
kiroh + akbar = kibar..hehe (,")


JOM JALAN2 - KELANTAN


Cuti deepavali lepas,aku n ridz gerak ke kelate...matlamat utama aku ke sana ialah pasal gambar budak kecik ni....anak buah kesayanganku,darwish..rindu giler beb!dh lama xtgok perkembangan budak kecik ni....hm,dah besar skrg ni..nak masuk 10 bulan...dh pandai nak panjat2..pastu jatuh padan muka...hehe...(suka sangat tgok darwish time dia gelak)
Pagi Isnin,lepas anta akak aku g kerja, aku n ridz ronda2 kampung tgok pmndangan sawah padi sambil cr port nak posing utk amk gambar...ni posing terbaik adik aku bagi utk tatapan mata...amacam!!ade gaya model first class x?hehe...


tempat2 di kelate yg sempat kitorang lawat ....pekan ketereh,pasar khadijah,kota bahru,pusat batik,UM nilam puri,KB Mall dll.
Ni kt pusat batik .dalam tu ade 3 bilik pameran batik yg very interesting.aku ade gak try buat batik kt sek sblm ni.mylin aja.sempat le siap satu batik yg agak menarik konon2nya.hehe.so,sblm g pusat batik ni,aku ade le ilmu ckit2 pasal proses nak bt batik.senang je,guna lilin + damar n gunakan canting untuk lukis.last sekali,warnakan batik guna warna yg kita nak..hasilnya amat mengagumkan..instructor kt pusat batik tu pun mcm blur2 je nak bagi explanation kt aku..yg kelakarnya,last aku plak yg bg xplanation kt dia...heh

ni antara hasil batik kt bilik pameran tu...cantik..aku tanya,ade jual batik ke kt cni, depa kate xde..just buat pameran je...batik2 kt bilik pameran ni adalah hasil tangan student2 praktikal sebelum ni...




mulanya,aku igt gambar ni dilukis guna tangan..rupa2nya depa print guna komputer la...cantik...depa tampal kt dinding besar2 macam poster.



antara produk batik selain berasaskan pakaian ialah set ruang tamu, meja makan, bilik tidur dll..menarik..




set bilik tidur bermotifkan batik


set ruang makan bermotifkan batik