Monday, September 28, 2009

RAYE OH RAYE!!!

SELAMAT ARI RAYE......

LODEH KERING ORG BANJAR

AYAM MASAK KICAP MAK LONG AKU


MACAM2 ADE......TAPI JUADAH NI DH NAK ABIS LER.....AKU LAMBAT SNAP
ATOK TIRAM YG ENSEM..
NENEK TIRAM YG CUN....AWEK ATOK TIRAM TADI.HEHE
PAK ITAM YG SEMPOI....

JEMPUT LE MAKAN KUIH RAYE
YUM2

PAGI RAYE BUDAK2 KECIK G DOK LAYAN JGN PANDANG BELAKANG CONGKAK...ADE KE PATUT?
BILIK AIR MISTERI.......HARTA WARISAN ATOK NENEK AKU DULU KALA
JIRAN DEPAN UMAH ATOK
KAMPUNGKU PELIK SIKIT....MASUK DALAM JAUH GAK...MCM KT UTAN LE...
MANE LAGI COMEY?GARFIELD KE THE REAL CAT?
ANAK MAMI THE MOVIE
SAPELE PAKWE YG TGH DOK KHUSYUK TIDO' TU?
PAK USU N AKIM
CUBA TEKA,SELIPAR SAPE TU?AKU KE?
NI LAGI SORANG..PAKWE MANE PLAK LE NI..NGELIAT BANGUN TIDO...CANDID

BERATUR NAK SALAM NENEK...BAGUIH TOL..ADE DISIPLIN NI





SALAM MAK ELOK2 AR

Friday, September 11, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA SMK BANDAR T6-2009






gambar awal majlis aku x sempat nak snap sebabnya aku pn dtg lambat.tgah azan maghrib,bru sampai sekolah...gambar2 kat atas ni ialah waktu habis majlis...org2 kuat kebirus tgah bertungkus lumus mengemas tapak majlis......

Tuesday, September 8, 2009

aku dan ela yang comey





awek cun dan comey kat sebelah tu ialah miss ela....english teacher kat sek aku....status masih single dan sedang mencari mr right.... so,korang kalo berkenan,misscall aku ar

Lailatul Qadar

Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )