
Haryani dan Laksamana Sunan…saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
“Apabila hujan turun melimpahlah air dari perbukitan aliran menujah ke batu melekuk tanda waktu beralih seiring nyawa menghanyut usia sejalan nafas melangkah ke hujung.
Awan… kalau dapat dicapai maka saktilah hamba.Kamu bagaikan puteri, Haryani.”
“Rinduku pada insan sepertimu cemburu dalam fantasia kemelut melanda saat tarikan pertama tersimpul kaku
Sungguh syahdu perasaan yang hilang dalam rimbun kasih yang tiada tercari-cari kala hembusan selat menyisip ke sisi
Dalam sedar ingin lena pada mimpi yang kesekian kalinya tak mungkin ada
Dalam sisa-sisa yang termampu untuk terus belayar dalam bahtera harapan takkan punah kala jaga bila senyum bertaut dalam ingatan dirimu yang tiada.”
Oh, Tuhan kucinta dia berikanlah aku hidup.”
No comments:
Post a Comment